Wednesday, December 26, 2012

Intro Rumah Tamu Ummie

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.

Selamat Datang ke blog Rumah Tamu Ummie.

Rumah Tamu Ummie menyediakan perkhidmatan sewaan rumah harian kepada keluarga, kumpulan atau individu yang berminat.

Lokasi Rumah Tamu Ummie adalah lebih kurang 6 km dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa Kota  Bharu, Kelantan. Lokasinya yang baik memudahkan pergerakan dengan kereta bagi mereka yang ingin ke Bandar Kota Bharu dengan hanya terus melalui Jalan Pengkalan Chepa ke Pusat Bandar Kota Bharu.


Terdapat 2 unit kediaman Semi-D yang disediakan untuk sewaan harian. Setiap unit dilengkapi dengan kemudahan asas seperti perabot, dan kemudahan dapur yang lengkap. Setiap unit mempunyai 2 bilik tidur dan 2 bilik air.
Ruang Tamu

Dilengkap dengan kemudahan TV (akan datang Astro)


Ruang Dapur

Ruang makan

Bilik tidur bujang

Bilik tidur keluarga

Bilik tidur keluarga
Harga sewaan untuk 1 hari adalah RM280/sehari. Harga sewaan mungkin berubah berdasarkan musim puncak atau cuti sekolah. 

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan sewaan rumah harian dari Rumah Tamu Ummie, boleh menghubungi Puan Sharifah Rahayah (019-9432223) atau Puan Sharifah Ruhana (013-39322517 / 019-2131177) untuk mendapatkan harga sewaan dan tarikh tempahan.